- KOMUNITI TERLIBAT
Memandangkan projek kami berjalan di SMK Raja Perempuan Kelsom, komuniti yang terlibat dalam projek ini adalah merupakan para pelajar sekolah tersebut. Pelajar yang terlibat adalah seramai 80 orang di mana semua merupakan pelajar aliran sains iaitu ;
Tingkatan
|
Bilangan
pelajar
|
4 Sains 1
|
16 orang
|
4 Sains 2
|
16 orang
|
5 Sains 1
|
27 orang
|
5 Sains 2
|
24 orang
|
Jumlah : 83
orang
|
Semua pelajar ini berusia dalam lingkungan 16- 17 tahun dan BERKATEGORI REMAJA. Selain itu, terdapar juga pelajar yang merupakan pelajar asrama dan hampir 89% merupakan pelajar bukan asrama.
- INDIVIDU / ORGANISASI YANG TERLIBAT
Terdapat 2 pihak yang terlibat dalam projek. Pihak dari UM adalah pihak Jabatan Kimia, Fakulti Sains manakala pihak luar adalah dari pihak sekolah itu sendiri iaiti SMK Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar.
- HASIL PROJEK
Terdapat beberapa hasil projek yang dapat kami sumbangkan kepada pihak sekolah. Pertama sekali, seperti yang dikehendaki oleh pihak sekolah, kami telah dapat menyumbangkan hasil dari segi pameran sekitar makmal kimia buat tatapan para pelajar dan juga para pelawat yang melawat sekolah tersebut.
Selain itu juga, kami juga memberi perkhidmatan dari segi motivasi di mana kami membuat 'Sharing Moment". Di sini, kami berkongsi sedikit sebanyak tips-tips yang dapat membantu para pelajar sekolah itu dalam pelajaran mereka, dan juga berkami bersedia menjawab sebarang soalan mengenai cara belajar dan suasana belajar di Universiti Malaya. Ketika ini, kami dapat merasakan hubungan erat yang terjalin antara kami dengan para pelajar di sekolah tersebut.
- JUMLAH PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan bagi setiap ahli kumpulan projek adalah dalam lingkungan RM 60.00
Tiket bas (pergi dan pulang) = RM 50.00
Perbelanjaan (makanan sendirian) = RM 10.00
Bahan-bahan projek,makanan,minuman serta penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah.



























